Sejarah Sekolah

     Sekolah Kebangsaan Changkat Jawi terletak 16 km dari Bandar Kangar dan berada dalam kawasan pendidikan Tambun Tulang,Perlis.

     Sekolah ini telah diasaskan pada tahun 1971 atas desakan penduduk kawasan persekitaran dengan sekolah ini. Pada mulanya, sekolah ini adalah cawangan Sekolah Kebangsaan Tambun Tulang dan pada tahun 1973 pentadbirannya telah diasingkan dan guru besar yang pertama adalah Encik Ismail bin Saad.

     Perkataan Changkat Jawi wujud kerana pada suatu ketika di kawasan ini terdapat sebidang tanah datar yang agak tinggi sedikit ( Changkat ), di mana permukaan tanahnya ditumbuhi pohon-pohon Jawi. Nama sekolah ini masih kekal hingga kini.